Covid-19: Qatar kesan kes pertama varian baharu EG.5

1 Sep 2023 • 12:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
EG.5 ialah sub-varian Omicron XBB.1.9.2. dan kes pertama berkaitan EG.5 dilaporkan pada Februari. - Foto Bernama

DOHA - Qatar mengesan kes pertama varian baharu Covid-19 dikenali EG.5 di negara itu, kata Kementerian Kesihatan Awam pada Khamis.

Jumlah sebenar jangkitan tidak dinyatakan namum kementerian itu berkata kes jangkitan menunjukkan simptom ringan dan tidak memerlukan kemasukan ke hospital.

Kementerian berkenaan sedang memantau dengan teliti situasi epidemiologi berhubung subvarian Covid-19 baharu itu, lapor Xinhua.

EG.5 ialah sub-varian Omicron XBB.1.9.2. dan kes pertama berkaitan EG.5 dilaporkan pada Februari.

Pada 9 Ogos, Pertubuhan Kesihatan Sedunia meletakkannya sebagai "variant of interest", namun menyatakan bahawa varian itu hanya menimbulkan risiko rendah kepada kesihatan awam. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved