Covid-19: Sistem kesihatan China berdepan kesukaran

2 Jan 2023 • 10:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pesakit beratur untuk menerima rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Chaoyang ketika peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Beijing, China. -Gambar fail/Reuters

BEIJING - Pihak berkuasa kesihatan China ketika ini dilaporkan sedang bergelut untuk memastikan sistem kesihatan di republik itu diperhebatkan untuk menangani peningkatan kes Covid-19 tempatan.

Ia susulan pengumuman tiada lagi dasar Sifar Covid-19 yang akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat.

Antara yang berhadapan dengan situasi mencabar adalah di Hospital Langao di wilayah Shaanxi yang menempatkan penggunaan katil tertinggi di wilayah tersebut.

Hospital itu juga merupakan pusat perubatan utama untuk merawat pesakit Covid-19.

Sejak dua minggu lalu, kira-kira 300 pesakit menerima rawatan akibat Covid-19 di hospital berkenaan dan jumlah itu merupakan tiga kali ganda peningkatan berbanding hari-hari biasa.

Malah, petugas kesihatan turut menyifatkan keadaan amat terdesak ketika ini dengan bekalan ubat-ubatan dilaporkan berkurangan.

Sebagai tindak balas kepada kekurangan katil hospital dan ubat-ubatan, pihak berkuasa tempatan telah melancarkan langkah-langkah kecemasan untuk membuat persiapan teratur dan mengumpulkan sumber perubatan untuk merawat pesakit kritikal.

Sementara itu, Hospital Langao telah menyelaraskan wad di jabatan pembedahan sebagai wad simpanan untuk pesakit Covid-19. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved