Apple Dituduh Mencuri Teknologi Yang Digunakan Pada Apple Watch

TechnologyDigital
10 Jan 2020 • 4:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Watch ialah jam tangan pintar dengan pegangan pasaran terbesar tahun lalu. Antara sebab mengapa ia menjadi pilihan ialah sensor penjejak kesihatannya adalah antara yang paling tepat. Di Amerika Syarikat Apple kini telah disaman kerana dituduh mencuri teknologi yang dibangunkan oleh syarikat Masimo dan anak syarikatnya Cercacor Laboratories Inc.

image is not available
Kedua-dua syarikat ini mendakwa Apple mencuri teknologi yang 10 patennya dipegang oleh mereka. Teknologi ialah dalam bentuk pengimbas tahap oksigen dalam darah dan pengimbas nadi menggunakan pemancar cahaya. Apple turut didakwa pada awalnya ingin melakukan kerjasama perniagaan sebelum mencuri pekerja mereka Michael O’Reilly yang kini menjadi timbalan presiden jabatan teknologi kesihatan Apple.

Masimo dan Cercacor ini ingin penjualan Apple Watch 4 dan 5 dihentikan di Amerika Syarikat. Tidak diketahui berapakah bayaran ganti rugi yang ingin diminta dari Apple. Buat masa ini Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tuduhan yang dilemparkan.

View Original Article