“Crepe Yang Saya Tahu Ada Buah-Buahan” – Krim Dan Gula Semata-Mata, Dr Rafidah Tegur Bahan Crepe Viral

Food
2 Oct 2023 • 11:05 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Di aplikasi X, tular rakaman video memaparkan pembuatan crepe viral yang didakwa diperbuat daripada krim dan gula semata-mata.

Walaupun dah tahu manis, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia tergilakan makanan sebegitu sehingga sanggup mengabaikan kesihatan diri.

Memberi respon kepada video tular, pakar perubatan terkenal, Dr Rafidah Abdullah berkata, makanan itu berisiko mengundang pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis dan sebagainya.

Kata Dr Rafidah, crepe yang beliau tahu mengandungi makanan sihat seperti buah-buahan bukannya seperti video tular itu.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan para pengguna media sosial. Rata-ratanya meluahkan rasa bimbang dengan trend terkini di mana orang ramai sanggup beratur untuk makanan tidak berkhasiat.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Kalau nak makan sekali sekala apa salahnya kan? Tetapi orang ramai dinasihatkan untuk menjaga kesihatan diri supaya tidak merana kemudian hari.

Kredit: Dr Rafidah Abdullah via aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.