Cristiano Ronaldo Bersungguh Pelajari Agama Islam Dengan Rakan Di Al-Nassr

6 Dec 2024 • 5:36 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Bekas penjaga gol Al-Nassr, Waleed Abdullah, membuat pendedahan tentang Cristiano Ronaldo. Menurutnya, bintang bola sepak Portugal itu menunjukkan minat mendalam terhadap Islam sejak berhijrah ke Arab Saudi.

Ronaldo jujur dengan hasratnya untuk memeluk Islam. Dia menunjukkan minat ketika saya berbincang dengannya.- Kata Waleed.

Cristiano Ronaldo tunjuk minat terhadap budaya dan amalan agama orang Arab…

image is not available

Ronaldo bukan sahaja menghormati budaya Islam, malah sering bertanya tentang ajaran agama ini. Waleed turut mendedahkan bahawa Ronaldo mempelajari Islam untuk memahami rakan sepasukannya di Al-Nassr dengan lebih baik. Bahkan, Ronaldo memastikan waktu solat dihormati ketika sesi latihan berlangsung.

Ketika azan berkumandang semasa latihan, Ronaldo meminta jurulatih berhenti seketika sehingga tamat azan.- Tambah Waleed.

Minat Cristiano Ronaldo terhadap Islam turut dipengaruhi kawan lama

Minat Ronaldo terhadap Islam juga dipercayai dipengaruhi oleh hubungan baiknya dengan bekas rakan sepasukan seperti Mesut Özil dan Karim Benzema, yang turut mengamalkan ajaran Islam.

Sikap terbuka Ronaldo terhadap budaya baharu ini terus mencetuskan perbincangan hangat di kalangan peminat bola sepak.

#OhmediaNasihat

Keterbukaan Ronaldo terhadap budaya dan agama Islam mengingatkan kita betapa pentingnya menghormati dan memahami kepercayaan orang lain.

Sikap ini bukan sahaja mencipta keharmonian, malah memupuk hubungan yang lebih baik di kalangan masyarakat pelbagai budaya.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved