Cristiano Ronaldo Cipta Hatrik, Al Nassr Bedal Abha 8-0

Football
3 Apr 2024 • 9:45 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penyerang kelab bola sepak Al Nassr, Cristiano Ronaldo berjaya mencipta hatrik dengan menjaringkan tiga gol sekali gus menang ke atas Abha sebanyak 8-0 dalam aksi Liga Pro Saudi (SPL), semalam.

Menerusi laporan ESPN, bekas pemain kelab Manchester United itu telah membantu Al Nassr memperolehi kemenangan mudah dengan jaringan percuma pada minit ke-11 dan minit ke-21.

image is not available

Foto : IG Al Nassr

Selain itu, pemain lain kelab tersebut seperti Sadio Mane, Abdulmajeed Al-Sulaiheem, Abdul Rahman Ghareeb dan Abdul Aziz Saud Al Aliwa turut menyumbang mata untuk kelab bola sepak itu.

Difahamkan, pemain berusia 39 tahun yang mendahului SPL dengan 29 jaringan itu telah membantu Sadio Mane untuk menjaringkan gol ketiga bagi kelab Al Nassr.

image is not available

Foto : IG Al Nassr

Selain daripada melengkapkan tiga golnya melalui sepakan luar kotak penalti, Ronaldo juga dikatakan berjaya mengumpan pihak lawan sekali gus memberikan peluang kepada Al-Sulaiheem untuk menjaringkan gol sebelum berakhirnya babak separuh masa pertama.

Meskipun Ronaldo menonjolkan pencapaian yang cemerlang pada perlawanan itu, namun Al Nassr masih ketinggalan 12 mata terhadap pasukan Al Hilal sekali gus tersingkir daripada Liga Juara Asia (AFC) dan piala domestik, Arab Saudi.

Sumber : ESPN