Cristiano Ronaldo sedia terkenal bukan sahaja sebagai pemain bola sepak terkemuka, tetapi juga mempunyai angka pengikut yang tinggi di media sosial seperti Instagram dan lain-lain. Terbaru, hari ini Cristiano Ronaldo turut melancarkan saluran YouTube rasmi beliau, dan mencatatkan rekod terpantas tersendiri.
Melalui pelancaran saluran YouTube berkenaan, saluran Cristiano Ronaldo berjaya mengumpulkan lebih 1 juta pelanggan dalam masa kurang 90 minit. Semakan semasa memperlihatkan saluran berkenaan kini mempunyai 13.9 juta pelanggan setakat ini.
Selain saluran YouTube, Cristiano Ronaldo turut mempunyai lebih 112 juta pengikut di X (dulunya Twitter), 170 juta pengikut di Facebook dan juga 636 juta pengikut di Instagram.



