Cristiano Ronaldo Membuat Pelaburan Dalam Syarikat AI Perplexity

TechnologyFootball
5 Dec 2025 • 11:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Cristiano Ronaldo, pemain bola sepak yang kini sedang bersaing di kelab bolah sepak Al-Nassr di Arab Saudi baru-baru ini telah mengumumkan bahawa beliau telah membuat pelaburan dalam syarikat pembangun teknologi AI Perplexity dan kini adalah seorang pemegang saham dalam syarikat tersebut.

Perplexity dikenali untuk perkhidmatan enjin carian Comet yang dikuasakan oleh pelbagai jenis teknologi AI seperti Claude Sonnet oleh Anthropic dan ChatGPT oleh OpenAI dan baru-baru ini hadir dengan penilaian setinggi $20 bilion setelah menerima pelaburan baru sebanyak $200 juta.

— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) December 4, 2025

Ronaldo dikatakan adalah pengguna perkhidmatan Perplexity sebelum ini, menggunakan khidmat platform tersebut untuk membantu menulis teks ucapan penerimaan anugerah Prestige Globe Award pada bulan Oktober lalu.

Setakat ini, jumlah pelaburan yang dilakukan oleh Cristiano Ronaldo untuk memegang saham Perplexity tidak diketahui lagi.

Dalam pada itu, sebuah laman web Perplexity x CR7 juga telah dibangunkan yang memperlihatkan sejarah kerjaya Cristiano Ronaldo sebagai seorang atlit bola sepak dari beliau seorang kanak-kanak, memulakan kerjayanya di kelab-kelab bola sepak Sporting Lisbon, Manchester United, Real Madrid, Juventus dan kini di Al-Nassr di Arab Saudi.