Cromboloni, Pastri Popular Yang Kini Boleh Didapati Di 3 Bakeri Di Kuching

18 Jan 2024 • 3:59 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ini 3 kedai pastri yang menawarkan cromboloni

Cromboloni, Pastri Popular Yang Kini Boleh Didapati Di 3 Bakeri Di Kuching. Cromboloni, pastri terbaru yang menggabungkan croissant dan bomboloni, telah menjadi kegemaran ramai kerana rasa dan penampilannya yang menarik, khususnya di Malaysia pada penghujung tahun 2023.

Pastri ini dibakar sehingga rangup dan diisi dengan berbagai-bagai filling seperti pistachio dan strawberi.

Buat anda yang tercari-cari bakeri yang menjual cromboloni di Kuching, ikuti artikel ini untuk info lanjut!

1. Keeper’s Ground

Keeper’s Ground adalah kedai pastri pertama yang menjual cromboloni di Kuching. Menurut pemiliknya, cromboli mereka dikatakan salah satu produk ‘high demand’ disebabkan pastri ini belum banyak dijual di Kuching.

Proses pembuatan cromboloni ini dikatakan agak complicated dan memerlukan beberapa teknik. Hanya mereka yang pakar sahaja mampu menghasilkan pastri ni tau!

image is not available
Cromboloni, Pastri Popular Yang Kini Boleh Didapati Di 3 Bakeri Di Kuching. Sumber: Facebook

Yang tak bestnya pula, pihak Keeper’s Ground hanya menawarkan cromboli ini pada hujung minggu sahaja. Kalau lambat confirm tak merasalah!

Setakat ini, antara perisa yang ditawarkan adalah Matcha Pistachio dan Chocolate Hazelnut.

Info penting:

Lokasi: Ground Floor, The Spring Shopping Mall, Persiaran Spring Kuching, Malaysia 93300 Kuching, Sarawak.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

2. Abg K’ju Cake House

Lokasi kedua ini pula terletak di Kota Samarahan. Difahamkan, cromboloni di sini antara produk yang paling laku keras.

Menariknya cromboloni di sini, mereka menawarkan cromboloni dengan pelbagai perisa. Antaranya ialah chocolate, biscoff, raspbery dan pistachio.

image is not available

Bukan setakat cromboloni, kek tapak kuda yang tengah trending sekarang pun ada dboleh didapati di sini.

Info penting

Lokasi: Lot 3022, Sublot 6, Samarahan Land Districk ( Phase 11 ), G5, Taman Desa Ilmu 94300 Kuching, Sarawak.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari kecuali ahad dari jam 10 pagi hingga 8 malam.

3. Farley Bakery

Selain terkenal sebagai sebuah pasar raya, Farley juga sebenarnya memiliki perniagaan bakeri.

Menariknya, harga roti dan pastri di sini dijual pada harga yang berpatutan serta pelbagai varieti pastri boleh didapati di bakeri ini.

Salah satunya adalah cromboli.

Antara perisa yang ditawarkan adalah coklat, gula aising dan green tea!

image is not available

Info penting

Lokasi: Farley Bakery, Lot 4547 Block 233 KNLD, 6th Mile Jalan Penrissen 93250 Kuching, Sarawak, Malaysia

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 9:30 malam

Baca lagi artikel menarik: