Crystal Resort Semporna : Chalet Atas Air Persis Di Maldives!

Travel
19 Jan 2023 • 11:19 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

'Semporna' memang cukup sempurna seperti namanya!

Bagi korang yang memang mengidam untuk sebuah percutian pulau seperti di Maldives tapi masih belum berkemampuan untuk terbang ke sana, korang jangan risau negara kita pun ada pulau yang tak kurang hebatnya iaitu ke Semporna, Sabah.

Ya memang diakui di Semporna ada banyak resort yang cantik dengan pemandangan laut biru yang cukup menakjubkan sehingga kadang-kala kita rambang mata nak pilih untuk menginap di mana.

Terbaharu, Semporna memiliki sebuah lagi resort atas air yang mempunyai keindahan cukup memukau yang dibuka sejak Jun 2022 iaitu "Crystal Resort".

image is not available

image is not available

Selain mempunyai reka bentuk unik dan persis chalet terapung seperti di Maldives -- Crystal Resort juga memberi peluang kepada pelancong untuk menikmati pemandangan air laut yang cukup menenangkan jiwa dan perasaan.

Kemudahan yang ada di resort ini juga lengkap, cantik dan tiptop sekali.

Malah, kebanyakkan tetamu yang pernah ke sini juga berkongsi pengalaman mereka dan mengataka shower pun laju walaupun resort ini kedudukannya di atas air.

image is not available

image is not available

Menariknya, di Crystal Chalet tetamu turut ditawarkan dengan kayak lutsinar bagi mereka melakukan aktiviti santai dan bergambar cantik dengan air laut yang sangat jernih.

Bagaimanapun, Crystal Resort ini menyediakan bilik yang cukup terhad hanya 10 unit sahaja.

Ia bagi memberikan pengalaman kepada tetamunya seumpama menginap di chalet persendirian dengan sangat privasi tanpa ada gangguan luar.

image is not available

image is not available

Jika korang menginap selama 3 hari 2 malam -- di hari kedua korang akan turut disertakan dengan trip hiking dan snorkeling di Bohey Dulang. Best tu!

image is not available

BAHAGIAN DALAM BILIK PENGINAPAN

image is not availableimage is not available

image is not available

image is not availableKredit Gambar: Adely Kassim, Pakej Budak Merah & Crystal Resort