Crystal Resort Semporna Tawar Percutian Berpatutan Berkonsepkan Maldives

9 Jul 2022 • 2:55 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Percutian ala Maldives di Sabah!

Crystal Resort Semporna Tawar Percutian Berpatutan Berkonsepkan Maldives. Sebut sahaja mengenai Semporna, pasti kita akan membayangkan percutian dengan pemandangan lautan biru yang menenangkan.

Baru-baru ini, pihak Crystal Resort Semporna telah membuat kelainan dengan menawarkan percutian berkonsepkan Maldives.

image is not available

Resort tersebut baru sahaja beroperasi pada bulan Mei lepas dan dibina di atas air sekali gus memberikan suasana seperti bercuti di Maldives.

image is not available
Bentuk chalet yang unik! Foto kredit: Pinterest!

image is not available
Crystal Resort Semporna Tawar Percutian Berpatutan Berkonsepkan Maldives. Kredit foto: Adely Kassim

Harga Chalet yang berpatutan!

Jika anda ingin merasai pengalaman bercuti di Maldives dengan bajet yang berpatutan, Crystal Resort Semporna ini merupakan destinasi yang terbaik untuk anda!

Anda digalakkan untuk membuat tempahan lebih awal kerana resort tersebut hanya menawarkan 10 buah chalet sahaja dan sekali gus dapat merasai pengalaman bercuti ala-ala di Private Resort. Sangat sesuai untuk pasangan yang ingin berhoney moon!

Kadar sewaan sebuah chalet pula dianggarkan serendah RM 550 seorang untuk semalam. Kalau bercuti di Maldives mesti lebih mahal!

Jadi, harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan suasana yang cantik, pemandangan yang indah dan aktiviti santai yang disediakan.

image is not available
View dari hadapan chalet. Kredit foto: Atie Ran

Aktiviti santai di Crystal Resort Semporna

Untuk menambahkan lagi suasana seperti berada di Maldives, pihak Crystal Resort turut menawarkan beberapa aktiviti santai seperti di Maldives. Antaranya crystal kayak atau transparent kayak yang biasa di lihat di pusat percutian Maldives.

Sambil-sambil bolehlah lihat terumbu karang dan hidupan laut.

image is not available
Sambil-sambil berkayak bolehlah ambil kesempatan lihat hidupan laut. Foto kredit: pakejbajumerah

image is not available
Foto kredit: pakejbajumerah

Sekiranya menginap selama 3 hari 2 malam pula, pihak resort akan menyediakan trip hiking dan snorkeling di Bohey Dulang.

Aktiviti snorkeling akan dipantau oleh swimming guide demi keselamatan pengunjung.

image is not available
Nampak macam tengah bercuti di Bora-Bora lah. Kredit Foto: Adely Kassim

Untuk ke resort ini pula, pengunjung perlu menaiki bot kira-kira 20-30 untuk sampai ke destinasi.

Bah, dah boleh rancang percutian ke sini. Mesti tak menyesal punya!

Baca juga artikel lain berkenaan tempat menarik di Sabah:

View Original Article