SPRM dedahkan rakaman audio 'mengejutkan'

8 Jan 2020 • 11:58 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memutarkan beberapa set rakaman audio perbualan yang melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan lain-lain yang disifatkan oleh ketua badan anti rasuah itu Latheefa Koya sebagai kebocoran maklumat daripada SPRM.

Pada sidang akhbar khas di sini, beliau berkata klip audio itu berkaitan dengan perbualan yang melibatkan isteri Najb, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.

"Kami telah diberikan rakaman itu... selaras dengan penyiasatan, kami dapat mengesahkan kesahihan mutlak rakaman berkenaan.

Kandungannya mengejutkan, ia adalah untuk menyembunyikan dan subversif keadilan.... Demi kepentingan awam, kami mendedehkan kepada umum kandungannya, "katanya mengenai sembilan set klip audio berdurasi kira-kira 45 minit itu. -Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved