Mangsa ribut terima bantuan

13 May 2020 • 8:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bersama kerajaan negeri Melaka memberikan sumbangan kepada 26 keluarga yang terjejas akibat ribut di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Melaka.

Pengarah Besar Felda, Datuk Dr Othman Omar berkata, sumbangan berbentuk wang tunai berjumlah RM750 diberikan oleh kerajaan negeri manakala pek makanan bernilai RM50 diberikan oleh Felda pada setiap keluarga yang terjejas.

Menurutnya, seramai 26 penerima sumbangan berkenaan terdiri daripada 24 keluarga warga Felda dan dua dalam kalangan bukan peneroka.

image is not available

"Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban serta kegusaran warga peneroka yang terjejas dalam situasi ribut di kawasan ini, lebih-lebih lagi pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dijalankan," katanya dalam satu kenyataan.

Majlis penyerahan sumbangan itu diadakan di Dewan Orang Ramai Felda Tun Ghafar Hutan Percha, Melaka.

Turut hadir pada program penyerahan sumbangan itu ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Mohd Ali; Timbalan Pengarah Besar Perladangan dan Pembangunan Peneroka Felda, Anuar Malek dan Pengerusi JPKK Felda Tun Ghafar Hutan Percha, Nizam Baharom.

Selepas majlis berkenaan selesai, mereka turut berkesempatan melawat ke empat rumah peneroka asal.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved