Gangguan bekalan air 24 jam di Jempol 12 November ini

5 Nov 2019 • 2:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SEREMBAN - Sebahagian kawasan di daerah Jempol akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai jam 8 pagi 12 November ini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Norzita Ismail berkata, gangguan bekalan air sehingga jam 8 pagi pada hari berikutnya adalah disebabkan kerja-kerja pencucian Kolam Lui Barat, Jempol.

“Selain sebahagian daripada kawasan Jempol, seluruh kawasan Gugusan Felda Lui turut akan mengalami gangguan bekalan air.

“Kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Norzita berkata, bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat, bagaimanapun beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama.

Pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved