
OpenAI nampaknya akan membawa masuk seorang individu penting untuk membangunkan teknologi kecerdasan buatan mereka, dan beliau ialah Sachin Katti, Ketua Pegawai Teknologi dan Kecerdasan Buatan di Intel yang baru sahaja menjawat jawatan tersebut sejak empat bulan yang lalu.
Sebelum ini, Sachin Katti sudahpun berada di Intel selama empat tahun dan mengetuai bahagian rangkaian, perkomputeran pinggiran dan kecerdasan buatan di syarikat tersebut.
Excited for the opportunity to work with @gdb, @sama and the @OpenAI team on building out the compute infrastructure for AGI! Very grateful for the tremendous opportunity and experience at Intel over the last 4 years leading networking, edge computing and AI. Privilege of a… https://t.co/TkyPrNYRkt
Perkara ini nampaknya sudahpun diketahui oleh pihak-pihak berkepentingan di Intel, dan CEO Lip-Bu Tan akan mengambil-alih tugas sebagai CTO dan ketua AI untuk seketika, sementara mereka mencari pengganti untuk Sachin Katti.
Menurut Greg Brockman, Presiden dan salah seorang pengasas OpenAI, Sachin akan bertanggungjawab untuk mereka dan membangunkan infrastruktur yang diperlukan syarikat tersebut untuk mencipta teknologi kecerdasan buatan umum yang mahu dihasilkan oleh syarikat tersebut.

