CTOS fail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi - Peguam

12 Mar 2024 • 8:39 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan syarikat itu membayar RM200,000 kepada pengarah resort kerana penarafan kredit yang tidak tepat.

Peguam syarikat itu Ashok Kandiah ketika dihubungi Bernama berkata rayuan itu dikemukakan pada 8 Mac, sehari selepas keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir.

Hakim Mahkamah Tinggi dalam penghakimannya berkata memutuskan bahawa CTOS telah melanggar kewajipan penjagaan yang sepatutnya kepada plaintif, Suriati Mohd Yusof, 43, serta melangkaui fungsi asal ia mereka didaftarkan di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 (CRAA).

Mahkamah juga menekankan bahawa ini telah menyebabkan plaintif bukan sahaja mengalami kerugian, tetapi turut menjejaskan reputasinya, di samping memutuskan hubungan beliau dengan suaminya, kecuaian defendan dan pelanggaran tanggungjawab fidusiari.

Sebagai pampasan bagi kerugian yang ditanggung, mahkamah membenarkan tuntutan plaintif dan menetapkan RM200,000 sebagai ganti rugi am, berserta tambahan RM50,000 untuk kos guaman.

Plaintif yang pernah menjadi pengarah dan pemegang saham Keranji Beach Resort Sdn Bhd di Pulau Perhentian, Terengganu, menyaman CTOS kerana kecuaian dan pelanggaran kewajipan fidusiari berhubung salah nyata penarafan kreditnya.

Salah nyata itu didakwa telah menjejaskan perniagaan dan peribadinya, di samping mencemarkan reputasinya.

Pada Mei 2019, plaintif mendapati permohonan pinjaman pembelian keretanya telah ditolak kerana laporan negatif daripada CTOS.

Setelah disiasat, dia mendapati bahawa CTOS telah merekod dan melaporkan data tidak tepat, yang mengakibatkan penarafan kreditnya tidak baik. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved