Cuaca buruk diramal landa banyak kawasan di Selangor, KL hingga 7 malam

6 Jan 2025 • 5:14 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 6 JAN: Tujuh daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat diramal alami cuaca buruk hingga 7 malam ini, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu di Facebook memaklumkan keadaan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang itu juga dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Perak, beberapa daerah di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

image is not available

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved