Cuaca diramal baik pada Aidiladha pertama, kedua

8 Jul 2022 • 10:54 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan tiada cuaca yang signifikan dan ekstrem dijangka berlaku semasa sambutan Hari Raya Aidiladha pada Ahad dan Isnin ini.

Bagaimanapun MET Malaysia dalam hantaran di Facebook rasminya pada Jumaat menjelaskan, kejadian ribut petir masih dijangka boleh berlaku di beberapa negeri pada kedua-dua hari berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kejadian ribut petir.

“Rancang perjalanan dan aktiviti anda dengan sebaiknya. Teruskan mengikuti media sosial rasmi dan laman web kami di www.met.gov.my untuk informasi cuaca terkini yang pantas dan tepat,” katanya.

Selain itu, orang ramai turut digalak untuk memuat naik aplikasi myCuaca di Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca terkini dan sahih bagi membolehkan mereka merancang perjalanan dengan baik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved