Cuaca diramal baik sempena sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya esok

30 Aug 2025 • 11:57 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Cuaca di Putrajaya pagi esok diramalkan baik, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi hantaran di Facebook, menurut MetMalaysia cuaca pada sebelah pagi, petang hingga malam dijangka tiada hujan.

Putrajaya sekali lagi menjadi tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan dengan jangkaan kehadiran lebih 500,000 pengunjung.

Sementara itu, MetMalaysia turut meramalkan hujan di sebelah pagi di sembilan negeri, iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Cuaca di Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Kuala Lumpur pula diramalkan baik pada sebelah pagi.