Cuaca Panas: 14 Kawasan Berada Pada Tahap Berjaga-Jaga
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa sebanyak 14 kawasan di seluruh negara kini berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) susulan cuaca panas yang berterusan.
Menurut METMalaysia, cuaca panas ini melibatkan enam kawasan di Semenanjung Malaysia, enam kawasan di Sabah dan dua kawasan di Sarawak.
“Di Semenanjung Malaysia, kawasan yang terlibat ialah Pasir Puteh dan Machang di Kelantan, Kampar di Perak, serta Maran, Pekan dan Rompin di Pahang.
“Di Sabah pula, kawasan yang terjejas ialah Pitas, Kota Marudu, Telupid, Sandakan, Tenom dan Keningau.
“Sementara itu, di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Mukah dan Limbang,” maklum METMalaysia.
Jelas METMalaysia lagi, suhu maksimum harian pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) ini boleh mencapai antara 35 hingga 37 darjah Celsius dan dijangka berlarutan sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak berada terlalu lama di kawasan terdedah kepada cahaya matahari bagi mengelakkan risiko strok haba serta komplikasi kesihatan yang lain.
Sumber: METMalaysia
The post Cuaca Panas: 14 Kawasan Berada Pada Tahap Berjaga-Jaga appeared first on Siakap Keli.


