Cuaca panas: 15 kes direkod, satu kematian babit kanak-kanak

LocalHealth & Fitness
23 Mar 2026 • 10:37 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sekurang-kurangnya enam kes penyakit berkaitan cuaca panas dilaporkan
image is not available
Dr Dzulkefly

SHAH ALAM – Orang ramai diingatkan supaya lebih berwaspada berikutan cuaca panas melampau yang sedang melanda negara ketika ini.

Menteri Keshihatam, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga tahun 2026, sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan, termasuk satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak.

"Sila awasi tanda-tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga yang luar biasa dan suhu badan yang semakin meningkat.

"Sekiranya ada tanda-tanda ini, amalkan langkah pencegahan segera dengan mencari tempat yang teduh, banyakkan minum air kosong dan sejukkan badan dengan segera," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak meninggalkan anak-anak atau sesiapa sahaja di dalam kenderaan tanpa pengawasan walaupun untuk seminit.

"Rujuk infografik yang dikongsikan Kementerian Kesihatan sebagai panduan langkah pencegahan.

"Pencegahan awal adalah kunci. Kekal sihat dan pastikan tubuh sentiasa terhidrat," ujarnya.