Cuaca panas diramal di Jepun pada Jumaat: Agensi cuaca

7 Jul 2023 • 3:13 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

TOKYO: Agensi cuaca Jepun pada Jumaat memberi amaran kepada orang ramai terhadap strok haba memandangkan suhu tinggi pada siang hari dijangka mencecah 38 darjah Celsius di wilayah Kinki di barat Jepun.

Sistem tekanan tinggi meliputi kawasan luas dari barat ke utara Jepun pada Khamis dengan Bandar Shimanto di Wilayah Kochi menyaksikan suhu tertinggi di negara itu pada 36.7 darjah Celsius, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Suhu siang hari berkemungkinan lebih tinggi pada Jumaat dan suhu berbahaya pada 38 darjah Celsius diramal melanda bandar Toyooka di Wilayah Hyogo dan bandar Maizuru di Wilayah Kyoto, menurut Xinhua.

JMA juga meramalkan suhu antara 33 hingga 37 darjah Celsius melanda bandar Fukui, Fukushima, Tottori, Nara dan Tokyo.

Pegawai cuaca menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap strok haba dan menggesa orang ramai menggunakan pendingin hawa dan kerap minum air. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved