Cuaca panas: Kerajaan Sabah pastikan bekalan air mencukupi

24 Feb 2024 • 7:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan Bernama

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah akan menangani masalah air bagi memastikan penduduk di setiap kawasan mendapat bekalan air mencukupi, terutama ketika menghadapi fenomena El Nino atau cuaca panas dan kemarau ketika ini.

Ketua Menteri, Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau turut memberikan komitmen untuk menyelesaikan isu bekalan air yang sering membelenggu penduduk negeri pada tahun ini, termasuk menaik taraf dan menambah baik loji rawatan di semua daerah.

"Kita banyak masalah air tidak terhasil, 60 peratus. Hal ini ekoran kemungkinan kecurian air dan paip di bawah tanah yang pecah. Kerajaan negeri akan menangani masalah ini.

"Kita (juga) mendapat bantuan daripada kerajaan pusat RM300 juta. Kita akan gunakannya (untuk menyelesaikan masalah air di Sabah). Jadi, jangan bimbang. Kita akan berusaha sedaya upaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman cawangan Sabah di sini pada Sabtu.

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata jabatan dan agensi berkaitan diminta bersedia melaksana pemadaman kebakaran berskala besar dan operasi pembenihan awan bagi menghadapi keadaan cuaca panas dan kering serta fenomena El Nino pada masa ini. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved