Cuaca Panas, Kurang Hujan Di Kebanyakan Tempat Mulai Esok Hingga 1 Julai – MetMalaysia

LocalEnvironment
27 Jun 2025 • 9:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Cuaca Panas, Kurang Hujan Di Kebanyakan Tempat Mulai Esok Hingga 1 Julai – MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan cuaca panas dan kurang hujan boleh berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara bermula esok hingga 1 Julai.

Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata berdasarkan analisis model-model cuaca, suhu maksimum di sesetengah kawasan dijangka boleh mencecah 35 darjah Celsius dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata sehubungan itu orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan sebarang aktiviti luar sepanjang tempoh berkenaan.

“Orang awam juga dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved