Cuaca panas: Orang ramai dinasihat ambil langkah pencegahan

16 Mar 2024 • 11:42 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah pencegahan ketika cuaca panas terutama pada Ramadan bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan.

Pengarahnya Datuk Dr Harlina Abdul Rashid berkata orang ramai perlu minum air dengan jumlah yang mencukupi sekurang-kurangnya lebih 2 liter sehari selepas waktu berbuka puasa sehingga waktu sahur secara konsisten sepanjang malam.

“Masyarakat juga perlu mengurangkan aktiviti di bawah cahaya matahari terik dan sentiasa bekerja di kawasan redup atau berbumbung serta menggunakan kipas atau penghawa dingin bagi menyejukkan bilik,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata sekiranya perlu melakukan aktiviti di luar rumah, mereka perlu memakai pakaian yang nipis dan longgar, topi atau payung dan sentiasa berpada-pada apabila beriadah atau bersukan dengan tidak terlalu lama berada di bawah panas matahari.

Semalam Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dilapor menjangkakan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35°C masih berlaku sepanjang minggu ini dan berdasarkan analisis model cuaca, situasi itu berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved