Cuaca panas tahap berjaga-jaga di Padang Terap, Jempol

1 May 2023 • 5:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi kawasan Padang Terap di Kedah dan Jempol di Negeri Sembilan.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi kawasan Padang Terap di Kedah dan Jempol di Negeri Sembilan.

Menurut data kemas kini cuaca panas yang dimuat naik di Facebook jabatan itu hari ini, dua kawasan berkenaan mencatatkan gelombang haba tahap kuning setakat petang 4.20 petang tadi.

Tahap kuning merujuk kepada suhu maksimum harian melebihi 35 hingga 37 darjah celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Sementara itu, kawasan lain di Semenanjung serta seluruh kawasan Sabah dan Sarawak mencatatkan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah celcius (tahap biru).

MetMalaysia sebelum ini memaklumkan fenomena cuaca panas dan bahang yang melanda di kebanyakan kawasan di Semenanjung diramal tidak akan berpanjangan dan menasihati orang awam terutama mereka yang bekerja atau mempunyai aktiviti di luar bangunan supaya berhati-hati ketika cuaca panas. - Bernama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved