Cuaca Panas Tahap Satu Landa Tujuh Kawasan Di Perlis Dan Kedah

LocalEnvironment
25 Feb 2026 • 6:22 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam mengeluarkan amaran cuaca panas Tahap Satu (berjaga-jaga) melibatkan tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia.

Cuaca panas tahap satu

image is not available

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi agensi itu, MetMalaysia memaklumkan bahawa Perlis merupakan antara negeri yang terjejas.

Selain itu, enam daerah di Kedah turut berada dalam kategori sama iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Sik, Baling dan Bandar Baharu.

image is not available

Menurut kenyataan tersebut, kawasan yang disenaraikan dijangka merekodkan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Artikel lain: Malaysia Di Fasa MBD, Cuaca Panas Dijangka Berterusan Hingga September – METMalaysia

Keadaan panas itu diramalkan berlarutan sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut, sekali gus meletakkan kawasan terbabit di bawah amaran Tahap Satu.

Sumber: Facebook Malaysian Meteorological Department

The post Cuaca Panas Tahap Satu Landa Tujuh Kawasan Di Perlis Dan Kedah appeared first on Borak Daily.