Cuak, Viral Rakaman Aneh Biri-biri Jalan Pusing Selama 12 Hari, Undang Pertanyaan Netizen

Entertainment
23 Nov 2022 • 7:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Cuak, Viral Rakaman Aneh Biri-biri Jalan Pusing Selama 12 Hari, Undang Pertanyaan Netizen

Viral baru-baru ini satu rakaman yang menunjukkan aksi aneh sekumpulan biri-biri berjalan secara berpusing dalam satu bulatan, selama 12 hari, di Monggolia. Difahamkan, aksi aneh itu bermula sejak 4 November lepas.

Aksi pelik itu berjaya dirakam menerusi kamera pengawasan yang menunjukkan kumpulan biri-biri berkenaan bergerak secara bulatan mengikut arah jam dipercayai dalam kawasan kandang yang menempatkan haiwan tersebut.

Menerusi video yang sama juga, dapat dilihat beberapa ekor biri-biri berada di luar bulatan tanpa melakukan apa-apa.

Video berkenaan menjadi tular di media sosial selepas di tweet oleh sebuah portal berita tempatan, @PDChina pada Rabu lalu yang memaklumkan kesihatan kesemua biri-biri yang terlibat adalah baik dan punca misteri tersebut berlaku masih menjadi tanda tanya.

image is not available
Kredit: Twitter

Pemilik haiwan ternakan tersebut mendakwa, kejadian pelik tersebut dimulakan oleh beberapa ekor biri-biri sebelum kumpulan besar yang lain mengikuti tindakan tersebut.

Katanya lagi, biarpun memiliki 34 kandang biri-biri, namun fenomena tersebut hanya melibatkan satu kandang sahaja iaitu kandang Nombor 13.

image is not available
Kredit: Twitter

Penyakit bawaan bakteria berkemungkinan menjadi punca

Berhubung punca kejadian itu, segelintir berspekulasi ada kemungkinan ia disebabkan oleh satu penyakit bawaan bakteria dikenali sebagai Listeriosis, atau juga disebut sebagai ‘penyakit berpusing’.

“Pada awalnya, haiwan-haiwan yang dijangkiti akan mengalami anorektik, murung dan keliru. Haiwan itu mungkin membawa diri ke satu sudut, bersandar pada objek pegun, atau membuat bulatan ke arah bahagian yang dijangkiti,” menurut Merck Manual.

Menurut Merck Manual lagi, wabak berkenaan boleh berlaku akibat kerosakan silaj atau silaj berkualiti rendah. Bagaimanapun, menurut rekod kes, kumpulan kambing atau biri-biri yang dijangkit penyakit berkenaan akan mati dalam tempoh 24-48 jam selepas simptom dikesan.

Sumber: News.com.au