Cuba Campak Dadah Elak Ditahan, Polis Miri Tahan Lelaki Disyaki Edar Syabu Bernilai RM9,800

23 Sep 2022 • 3:43 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek berjaya dicekup disyaki edar syabu

Cuba Campak Dadah Elak Ditahan, Polis Miri Tahan Lelaki Disyaki Edar Syabu Bernilai RM9,800. Pasukan narkotik dari Ibu Pejabat Polis Miri berjaya menahan seorang lelaki berusia 33 tahun kerana disyaki mengedar syabu bernilai RM9,800.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan berkata, suspek ditahan kira-kira jam 2.30 petang di kawasan parkir Pusat Komersial Pelita.

Lapor media, Ketika pasukan narkotik hendak memeriksa suspek, salah seorang anggota ternampak dia membaling bungkusan plastik melalui tingkap penumpang hadapan.

image is not available
Cuba Campak Dadah Elak Ditahan, Polis Miri Tahan Lelaki Disyaki Edar Syabu Bernilai RM9,800

Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952

Anggota bertugas kemudian mengambil bungkusan itu dan setelah diperiksa didapati mengandungi dadah disyaki jenis methamphetamine (syabu) yang dianggarkan bernilai RM9,800.

Suspek kemudian ditahan dan kenderaan dinaiki turut disita. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dengan tidak kurang daripada 15 sebatan apabila sabit kesalahan.

Suspek yang dihadapkan di mahkamah hari ini, direman tujuh hari sehingga 30 September bagi memudahkan siasatan.

image is not available
Gambar Hiasan

Lagi cerita menarik di sini: