Cuba Hidupkan Semula Ajaran Sesat Aurad Muhammadiyah, Pengerusi & Pengetua Ada Kaitan Dengan GISBH Ditahan

LocalPolitics
23 Sep 2024 • 10:21 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak kes melibatkan syarikat GISB Holdings Sdn Bhd tular, pelbagai perkara yang ‘terbongkar’ dan terbaru, dua orang individu merupakan pengerusi dan pengetua sebuah madrasah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah ditahan susulan mahu menghidupkan semula ajaran sesat Aurad Muhammadiyah.

Madrasah ada kaitan dengan GISBH

Difahamkan, madrasah tersebut mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings.

image is not available

Menurut Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasa JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah, kedua-dua lelaki yang berusia 58 dan 51 tahun itu telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daera (IPD) Kuala Pilah, sekitar jam 9 malam, Sabtu.

Pada awalnya kita siasat mereka kerana menguruskan madrasah tersebut secara tidak berdaftar. Namun kemudian kami juga mendapati mereka cuba hidupkan semula ajaran Aurad Muhammadiyah yang sudah difatwakan haram oleh Jabatan Mufti Negeri pada 2016.

Kedua-dua individu dibebaskan

Katanya lagi, mahkamah memutuskan membebaskan kedua-dua individu itu dengan bon jaminan dan diperintahkan untuk membayar wang jaminan sebanyak RM2000 setiap seorang serta dua penjamin.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, empat pembantun madrasah berkenaan telah didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan amang seksual.

image is not available 24 hours ago

"Jaringan Perniagaannya Luas Hendaklah Dipelihara" - Perlu Dilindung Daripada Tuduhan Melulu, PAS Percaya Sisi Positif GISBH

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved