Cuba Terjun Bangunan Di Bintulu, Bomba Berjaya Selamatkan Wanita Warganegara Indonesia

21 Feb 2023 • 4:41 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wanita cuna terjun bangunan berjaya diselamatkan.

Cuba Terjun Bangunan Di Bintulu, Bomba Berjaya Selamatkan Wanita Warganegara Indonesia. Dilaporkan pasukan bomba telah berjaya menyelamatkan seorang wanita warganegara Indonesia yang cuba terjun dari tingkat 3 sebuah bangunan di Bintulu semalam.

Bomba mengambil masa 10 minit untuk menyelamatkan wanita yang berusia 44 tahun berkenaan.

image is not available
Cuba Terjun Bangunan Di Bintulu, Bomba Berjaya Selamatkan Wanita Warganegara Indonesia. Sumber foto: Utusan Borneo

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad, sepasukan anggotanya telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan khidmat khas menyelamatkan wanita berkenaan sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.25 petang.

Tibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba menemui wanita tersebut sedang berdiri di bahagian tepi tingkat atas bangunan sambil mengugut untuk terjun.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Berjaya diselamatkan setelah 10 minit dipujuk dan berbincang

Pihak Bomba seterusnya memujuk wanita tersebut untuk masuk semula ke dalam bagi menyelamatkannya. Setelah 10 minit memujuk serta berbincang dengan wanita itu, pihak bomba akhirnya berjaya menariknya masuk semula ke dalam bangunan.

Wanita tersebut kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan yang selanjutnya.

Tidak kira di mana anda berada dan jika anda mengalami tekanan perasaan, anda boleh menghubungi Befrienders Malaysia di talian 03-76272929. Maklumat lanjut terdapat di laman web www.befrienders.org.my. Anda juga boleh menghubungi 999 atau pihak berkuasa jika anda mendapati seseorang yang ingin membunuh diri.

Lagi berita terkini buat anda di sini: