Cuba Tipu Pemandu e-Hailing, Lelaki Sabah Nekad Terjun Kereta Tidak Mahu Ditangkap Polis

17 Aug 2023 • 1:02 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki dari Sabah menipu pemandu e-hailing dan mahu terjun disebabkan ‘kantoi’

Cuba Tipu Pemandu e-Hailing, Lelaki Sabah Nekad Terjun Kereta Tidak Mahu Ditangkap Polis. Baru-baru ini, seorang individu menceritakan pengalaman buruknya mengenai seorang lelaki cuba untuk menipu pemandu tersebut dengan cerita palsu.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook itu, perkara tersebut merupakan kali kedua beliau ditipu dengan lelaki yang sama menerusi dua aplikasi e-hailing yang berbeza.

image is not available
Sumber: instagram

Pernah ‘terkena’ dengan individu yang sama, tidak bayar dan terus cabut lari

Difahamkan sebelum ini, penumpang tersebut menipunya dengan tidak membayarnya dan terus cabut lari. Bagaimanapun, pihak Grab sudah mengembalikan cajnya.

“Hari ini saya terima satu pesanan dan dari awal saya seperti sudah syak penumpang ini penumpang yang sama pernah tipu saya dahulu. Saya turunkan seat hadapan supaya wajahnya jelas dirakam dalam kamera.

“Awal perjalanan lagi penumpang ini sudah minta RM100 daripada saya dan berkata kakaknya di Sungai Buloh akan bayarknya kembali.

“Saya ok kan sahaja permintaan dia dan bawa dia ke balai polis Pandamaran, Klang. Baru sahaja saya hendak masuk balai, lelaki itu sudah terjun,” ujar individu berkenaan menurut sumber.

image is not available
Sumber: instagram

Pemandu e-Hailing lain turut ‘terkena’ dengan lelaki yang sama

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pemandu lain turut mengatakan bahawa pernah ‘terkena’ dengan individu yang sama. Bahkan, dipercayai lelaki itu sering membuka akaun baharu supaya kegiatannya itu tidak terbongkar.

“Memang dia ada banyak akaun. Saya selalu nampak booking ini di Bukit Tinggi ke RHB Sungai Buloh. Dia akan book sekali 3 akaun. Semua new user tetapi saya abaikan sebab dah tahu dia scammer,” tulis salah seorang pengguna Facebook.

Orang ramai berharap dia tidak ulang kesilapannya lagi di masa akan datang

Sementara itu, warganet berharap agar kejadian ini menjadi pengajaran dalam hidupnya dan tidak mengulangi perbuatan itu di masa hadapan lagi.

Baca juga artikel yang berkaitan: