Cubaan Lori 3 Tan Seludup Minyak Diesel Tumpas

16 Aug 2022 • 6:55 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mark Ujin - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan bersama sebuah lori muatan tiga tan selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan minyak diesel di sebuah stesen minyak di Indera Mahkota dekat Kuantan, Pahang, semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Datuk Mark Ujin berkata, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan ketika sedang mengisi minyak dalam keadaan mencurigakan.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan lanjut, pasukan penguatkuasaan menemui satu tangki keluli tambahan yang diubahsuai di belakang lori terbabit.

“Anggota penguatkuasa sentiasa menjalankan pemantauan ke atas stesen minyak di sekitar Kuantan sebagai suatu usaha mencegah aktiviti penyelewengan minyak petrol dan diesel sekali gus mencegah ketirisan subsidi kerajaan.

“Hasilnya, satu serbuan dilakukan ke atas sebuah stesen minyak di Jalan Beserah dan berjaya menahan sebuah lori,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Mark berkata, pihaknya turut menjumpai sebuah pam dipercayai digunakan untuk menyalurkan minyak diesel ke dalam tangki keluli yang telah diubahsuai.

“Pihak KPDNHEP telah menyita lori itu bersama minyak diesel yang dianggarkan sebanyak 900 liter dan menahan pemandunya untuk siasatan lanjut. 

“Kertas siasatan telah dibuka dan kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. - Getaran, 16 Ogos 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved