
PUTRAJAYA - Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan sebarang cubaan untuk memulakan atau meneruskan prosiding penghinaan mahkamah (komital) terhadap mantan Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, ketika perintah penangguhan masih berkuat kuasa, adalah satu pelanggaran terhadap perintah Mahkamah Tinggi.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, AGC berkata, tindakan itu akan menjejaskan pentadbiran keadilan yang teratur.
"Jabatan ini tidak akan teragak-agak untuk memohon supaya permohonan tersebut diketepikan sebagai satu penyalahgunaan proses mahkamah," katanya.
Kenyataan itu merujuk kepada permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding komital terhadap Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh yang disahkan oleh pasukan peguam bela Datuk Seri Najib Tun Razak, Tetuan Shafee & Co bertarikh 23 Mei.
AKAN MENYUSUL
