“Cubaan Scam Ke Ni?”- Pejalan Kaki Lompat Mengejut Ke Tengah Jalan Raih Perhatian Ramai [Video]

Cars
5 Mar 2024 • 4:08 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Majoriti pengguna jalan raya pada hari ini khusunya yang membawa kenderaan telah mula memasang kamera dashcam sebagai langkah keselamatan.

Tujuan dashcam ini digunakan adalah ia boleh digunakan sebagai rujukan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini tidak kiralah kepada pemilik mahupun pengguna jalan raya yang lain.

Malah penggunaan ini juga disifatkan penting memandangkan kadang kala terdapat kejadian penipuan atau scam yang cuba memerangkap pengguna jalan raya gara-gara ingin mendapatkan wang dengan cara singkat.

Pemandu hampir ditipu, pejalan kaki buat cubaan nak scam

Baru-baru ini, tular di X (Twitter) memaparkan seorang pemandu yang hampir ditipu dengan seorang pejalan kaki.

Menerusi video dikongsikan Malaysia Viral, awalnya pemandu sedang berjalan ketika lampu isyarat masih lagi hijau di laluan kiri.

Tidak lama selepas itu kelihatan seorang lelaki sedang berjalan kaki di tepi jalan berdekatan lampu isyarat.

Tiba-tiba ingin melompat ke arah kereta

Sebaik sahaja kereta pemandu berkenaan menghampiri pejalan kaki itu, dia secara tiba-tiba membuat aksi seperti ingin melompat ke arah kereta berkenaan.

Namun sebaik melepasi pejalan kaki itu, kedengaran bunyi seperti berlakunya pelanggaran dan pemandu secara tiba-tiba menyebut ‘Allahuakbar’.

Dia kemudian dilihat berhenti sebelum video berakhir.

Dalam hantaran itu mendakwa kejadian seperti itu kebiasaanya berlaku di negara China namun ia kini dilihat sudah berada di negara ini.

Melihat di ruangan balas, ramai yang berang dengan kejadian tersebut dan menyifatkan ia perkara yang bahaya kepada pengguna jalan raya.

Menerusi tarikh yang tertera pada dashcam kejadian difahamkan berlaku pada 3 Mac di Taman Pinggiran Batu Caves, Selangor.

Video asal ini awalnya telah dimuat naik ke dalam grup Dashcam Malaysia di Facebook sebelum menjadi sohor di X.

“Kalau aku memang takkan berhenti, memang lantak kan je”

image is not available

“Bahayanya”

image is not available