
LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeleweng minyak sawit mentah (MSM) dalam operasi di sebuah premis di Jalan POIC, di sini, pada Khamis.
Komander Polis Marin Sabah (Wilayah Empat) ACP Nazri Ibrahim berkata enam tan MSM bernilai RM114,800 dirampas.
Beliau berkata dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun sedang memindahkan MSM dari sebuah tangki ke tong di belakang sebuah lori semasa operasi 3.50 petang itu.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Kesemua barangan itu dirampas untuk siasatan lanjut, tambahnya.
Nazri berkata kedua-dua lelaki itu ditahan untuk siasatan mengikut Peraturan 5(1)(b) Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia 2005.

