Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Diesel Bernilai RM34K Tumpas Di Sabah

13 Jul 2022 • 4:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Operasi ini dijalankan oleh KPDNHEP dan turut dibantu PGA Beluran

Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Diesel Bernilai RM34K Tumpas Di Sabah. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membanteras penyeludupan barangan terkawal di Sungai Kolapis, Beluran semalam.

Dipetik dari Utusan Borneo, pasukan KPDNHEP bersama Batalion Ke-20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran telah menyerang sebuah bot di lokasi berkenaan. Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 3.30 petang.

image is not available
Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Diesel Bernilai RM34K Tumpas Di Sabah. Sumber gambar: FB Sabah Info

Sejumlah 9,690kg paket minyak masak dan 5,000 liter minyak diesel berjaya dirampas

Menurut Pengarah KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata kejayaan rampasan itu hasil risikan pihaknya yang dijalankan tiga minggu sebelum serbuan.

Dalam sebuah kenyataan beliau berkata, serbuan menemui sejumlah 9,690kg paket minyak masak dan 5,000 liter minyak diesel, dianggarkan bernilai RM34,975, ditemui dalam tangki skid di kawasan berhampiran.

image is not available
Sumber gambar: FB Sabah Info

Individu gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran dan lesen yang sah.

Difahamkan juga bahawa 9,690 kg minyak masak bernilai RM24,225 manakala 5,000 liter diesel ialah RM10,750.

Seorang lelaki warga tempatan dipercayai penjaga kapal tersebut turut ditahan dan diambil keterangan bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Lelaki terbabit juga gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran dan lesen yang sah untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan,”

Menurut beliau juga, semua barangan yang dikawal selia dipercayai dijual ke negara jiran berikutan kuantiti yang banyak.

image is not available
Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Diesel Bernilai RM34K Tumpas Di Sabah. Sumber gambar: FB Sabah Info

Nilai rampasan keseluruhan adalah RM 1 juta.

Jelas beliau, kesemua barang kawalan termasuk bot, scout dan tangki skid yang disyaki digunakan untuk menyeleweng itu dirampas dengan nilai rampasan keseluruhan RM1,904,975.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Seksyen 20(1) akta sama. Siasatan lanjut juga akan dijalankan bagi mengenal pasti rantaian kegiatan ini.

image is not available
Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Diesel Bernilai RM34K Tumpas Di Sabah. Sumber gambar: FB Sabah Info

Manakala sebanyak 2,000kg minyak masak bersubsidi berjaya dirampas di Miri. Baca selanjutnya di bawah: