Cuci kuil memang bukan ibadah, namun perlu jaga batas agama -Mufti Wilayah Persekutuan

LocalPolitics
15 Oct 2026 • 10:48 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz Fadzil menjelaskan bahawa perbuatan mencuci kuil bukanlah satu bentuk ibadah, namun tindakan tersebut perlu dilihat dari sudut membantu sesuatu yang berkaitan dengan rumah ibadat agama lain.

Perlu jaga batas agama

Menerusi hantaran di media sosial, beliau menyatakan umat Islam perlu memahami batas dalam hubungan antara agama, khususnya apabila sesuatu perbuatan melibatkan tempat penyembahan penganut agama lain.

“Memang mencuci kuil bukan beribadah ,namun ia memberi erti menolong ke arah sesuatu yang dicegah ,di mana ia merupakan tempat peyembahan agama lain di mana penganut agama Islam tidak boleh mencampuri urusan agama lain .
“Namun berbakti kepada bukan Islam yang bukan bersifat syiar agama mereka ia adalah perkara terpuji dan dibolehkan,” ujarnya.

Image from: Cuci kuil memang bukan ibadah, namun perlu jaga batas agama -Mufti Wilayah Persekutuan

Umat Islam disaran fahami perbezaan

Kenyataan itu turut menjelaskan bahawa membantu masyarakat bukan Islam dalam perkara yang tidak berkaitan dengan syiar agama mereka merupakan perbuatan terpuji dan dibolehkan.

Justeru, umat Islam disaran memahami perbezaan antara membantu atas dasar kemanusiaan dengan tindakan yang melibatkan urusan keagamaan, agar hubungan antara masyarakat berbeza agama dapat terus dipelihara dengan baik.

Sebelum ini tular di media sosial, video menunjukkan sekumpulan individu, termasuk wanita bertudung, bergotong-royong membersihkan sebuah kuil Hindu di Georgetown, Pulau Pinang.

Image from: Cuci kuil memang bukan ibadah, namun perlu jaga batas agama -Mufti Wilayah Persekutuan

Perkara tersebut menjadi perdebatan di media sosial termasuk perhatian daripada Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman yang mengingatkan umat Islam supaya mengelakkan kerja pembersihan yang berkait secara langsung dengan penyediaan atau penyelenggaraan tempat dan peralatan khusus untuk ritual agama lain, termasuk patung sembahan serta altar pemujaan.

Sumber: Facebook Fauwaz Fadzil

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved