“Cucu baru atuk ni” -Terubat kerinduan, Raissuddin bahagia temui kanak2 mirip arwah anak

Entertainment
8 Jul 2023 • 3:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Penyanyi dan pelakon era 80-an, Raissuddin Hamzah dilihat tersenyum bahagia apabila bertemu kanak-kanak yang wajahnya mirip dengan allahyarham anak tersayang iaitu Siti Sarah Raissuddin selepas menempuh perjalanan hampir 7 jam.

Jumpa cucu baru

Menerusi Instagram beliau, Raissuddin menulis kapsyen ringkas dengan mengatakan kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Miza sebagai cucu barunya.

Tersenyum bahagia

Beliau juga terlihat bahagia sekali apabila tersenyum melihat kanak-kanak tersebut yang tular selepas ada ahli keluarganya memuat naik video di TikTok baru-baru ini.

Menerusi kapsyen yang dikongsikan isterinya, Siti Fatimah Saberi, akhirnya kerinduan terhadap allahyarham Siti Sarah sedikit terubat selepas melihat adik Miza yang dipercayai ditemui di negeri Kedah.

Dalam pada itu, ahli keluarga adik Miza turut memuat naik momen pertemuan mereka dan memuji anak sulung arwah yang cukup ramah walaupun baru pertama kali berjumpa.

Jarang2 tengok atuk senyum

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang perasan wajah Raissuddin begitu bahagia lebih-lebih lagi apabila tersenyum lebar melihat adik Miza.

Mereka juga mengatakan jarang melihat selebriti itu tersenyum sebegitu dan berharap agar hubungan antara mereka berterusan sampai bila-bila.

image is not available

Bahagia tengok wajah Raissuddin

image is not available

Senyuman & gigi hampir sama

image is not available

 

 

Terdahulu, tular di media sosial apabila wajah seorang kanak-kanak dikatakan mirip allahyarham Siti Sarah Raissuddin selepas membuat naik video adik Miza di TikTok.

Beberapa video kanak-kanak perempuan tersebut juga jelas mempunyai kesamaan dengan arwah dan perkara tersebut diakui sendiri oleh Shuib Sepahtu dan juga Raissuddin Hamzah.

@atyra.am__

Aku harap abang @SHUIB SEPAHTU tengok ni ! Ada iras iras tak? korang tag dia kejap sampai dia tengok video ni #fyp #pageforyou #fypシ゚viral

♬ suara asli – TORONTO – TORONTO

Sumber: TikTok atyra.am_, Instagram raissuddinhamzah, suciuwais

View Original Article