Cucu Jawab SPM, Nenek Tunggu Luar Dewan Baca Yasin, Rupanya Ibu Baru ‘Pergi’ Oktober Lepas

LocalFamily & Parenting
7 Jan 2025 • 11:34 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
spm

Tular di TikTok rakaman video menunjukkan seorang nenek sedang menunggu cucunya menjawab Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di luar dewan peperiksaan.

Difahamkan, detik menyentuh hati itu dirakam seorang guru menunjukkan si nenek membacakan surah Yasin dan berzikir untuk cucunya.

Cucu jawab SPM, nenek tunggu di luar dewan baca Yasin

@c_s.ihsan

cucu dalam dewan peperiksaan SPM..nenek menunggu di luar baca yassin dan zikir utk cucu. #foryou #foryoupage #fyp #mrsmlenggong

♬ bunyi asal – nostalgia lagu lama&baru – M.riduan_official92

Perkongsian video membuatkan para netizen sebak dan berbangga dengan kesungguhan si nenek. Ramai yang memuji usahanya yang tidak hanya hadir secara fizikal, tetapi juga mendoakan kejayaan cucunya dengan penuh tawakal.

Rupanya ibu baru meninggal Oktober lepas

Apa yang lebih memilukan, ibu kepada pelajar berkenaan telah meninggal dunia pada Oktober lalu, menjadikan kehadiran nenek tersebut lebih bermakna sebagai penyokong utama cucunya.

image is not available

#OhmediaNasihat

Sebaknya tengok pengorbanan si nenek, rela buat apa sahaja demi cucu kesayangan. Walaupun hanya melalui doa, ia mampu memberikan semangat luar biasa kepada cucunya. Bagi semua calon SPM, usaha yang disertai doa dan restu pasti akan membuka jalan kepada kejayaan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok @c_s.ihsan