Cucu Kris Dayanti Dapat Kereta Mewah Bersempena Ulang Tahun Ke-2

24 Feb 2024 • 5:18 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Cucu sulung kepada penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti iaitu Ameena Hanna Nur Atta menerima hadiah sebuah kereta mewah bersempena ulang tahun kelahirannya ke-2.

Menerusi hantaran dikongsikan di media sosia, kereta Hyundai Staria bernilai lebih RM277 ribu merupakan pemberian bapa Ameena iaitu Atta Halilintar.

image is not available

Menurut Atta pemberian kereta tersebut adalah sebagai satu pelaburan dalam jangka masa panjang buat Ameena terutema ke sekolah.

“Kenderaan ini akan digunakan untuk kepentingan Ameena. Alhamdulillah, nanti 20 tahun ke depan tidak perlu beli lagi, buat sekolah dan sebagainya,”ujar menantu kepada Kris Dayanti.

image is not available

Kongsi Atta, pemberian kereta tersebut adalah atas permintaan isterinya, Aurel Hermansyah, lebih-lebih lagi pasangan suami isteri ini sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Jadi, anak-anak perlukan kereta sebesar ini kerana sudah mulai bersekolah. Lagipun mamanya (Aurel) sudah memasukkan Ameena ke sekolah, jadi inilah hadiahnya,”jelas Atta lagi.

image is not available

Sebelum ini, Ameena menyambut ulang tahun kelahiran pertama dalam satu program televisyen selain pernah menerima kereta Tesla sebelum dilahirkan.

Sekadar info, Atta dan Aurel telah mendirikan rumah tangga pada 4 April 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Ameena Hanna Nur Atta dan Azura yang lahir pada November tahun lalu.

Sumber: insertlive