Cucu Tun Mahathir Rugi RM1.8 Juta, Rumah Di Bukit Ledang Dipecah Masuk

LocalPolitics
25 Jul 2025 • 10:44 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kediaman cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di kawasan elit Bukit Ledang, di sini, dipecah masuk oleh individu tidak dikenali dalam kejadian yang dipercayai berlaku kelmarin.

Cucu Tun Mahathir Rugi RM1.8 Juta

Menurut laporan Harian Metro, dalam kejadian yang disedari sekitar jam 3 petang itu, pembantu rumah mangsa menghubungi majikannya selepas mendapati pintu pagar bahagian belakang rumah telah dipotong dan terdapat tanda-tanda pencerobohan ke dalam bilik utama.

image is not available

Sumber memaklumkan, mangsa segera pulang ke rumah dan melakukan pemeriksaan sebelum mendapati biliknya berselerak serta beberapa barangan berharga didapati hilang.

“Mangsa mengesyaki berlaku kejadian pecah masuk dan selepas membuat pemeriksaan menyeluruh, beliau mendapati sejumlah barang kemas miliknya telah lesap.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika rumah tidak berpenghuni, dan suspek telah memotong pagar besi di bahagian belakang untuk memasuki premis sebelum menyasarkan bilik utama,” kata sumber.

image is not available

Foto: thesun

Antara barangan cucu Tun Mahathir yang dilaporkan hilang termasuk pelbagai jenis barang kemas bernilai tinggi, yang dianggarkan keseluruhannya berjumlah RM1.8 juta.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Setakat ini, suspek masih belum dikenal pasti. Siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kediaman mangsa bagi mengenal pasti individu yang terlibat,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)