Cuepacs harap khabar gembira untuk penjawat awam 30 Ogos ini

12 Aug 2022 • 9:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat. - Foto Bernama

LAHAD DATU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam terutama melibatkan sistem saraan pada 30 Ogos ini. Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat melaksanakan sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil serta saksama untuk semua penjawat awam di negara ini. "Diharap ada khabar gembira daripada Perdana Menteri pada perhimpunan bulanan penjawat awam hujung bulan ini. "Pada luaran, orang melihat penjawat awam bahagia, namun hakikatnya tiada siapa yang mengetahui melainkan penjawat awam itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas Program Ceupacs Bersama Penjawat Awam di sini, pada Jumaat. Menurutnya, satu mesyuarat kongres Ceupacs telah diadakan di Kota Kinabalu pada Jun lepas dan segala input yang diperoleh berkaitan keperluan penjawat awam, sudah disampaikan kepada kerajaan. Cuepacs menurutnya berjuang memastikan kebajikan penjawat awam terjamin sewaktu negara berhadapan pandemik Covid-19 dan akhirnya bersetuju memberi antaranya bantuan khas. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved