Cuepacs wajar beri ruang kepada Anwar - Kepertama

LocalPolitics
27 Feb 2023 • 3:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Norsyahriman

image is not available
Laporan Sinar Harian pada Sabtu lalu.

SHAH ALAM - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) wajar memberi ruang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melihat secara menyeluruh mengenai tuntutan yang dikemukakan khususnya berkaitan kenaikan gaji dan kadar elaun penjawat awam.

Presiden Kesatuan Kakitangan Am, Universiti Putra Malaysia (Kepertama), Norsyahriman Md Arif berkata, ini kerana umum mengetahui Anwar baharu sahaja tiga bulan diberi mandat sebagai Perdana Menteri.

**media[2108717]**

Jelas beliau, pastinya banyak perkara penting yang perlu dilihat dan diperhalusi dengan sebaik mungkin demi kesejahteraan rakyat.

“Secara logiknya mana mungkin bayi yang berusia 3 bulan kita mengharapkan dia sudah boleh berjalan.

“Kepertama agak terkilan dengan kenyataan Presiden Cuepacs yang menzahirkan kekecewaan terhadap Belanjawan 2023 yang mengatakan Belanjawan 2023 tidak mampu menyelesaikan masalah tekanan kos sara hidup dihadapi rakyat ketika ini,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Norsyahriman menyifatkan Belanjawan 2023 yang dibentangkan itu sebagai ‘antibiotik’ awal ke arah proses penyembuhan dan penyegaran prestasi ekonomi negara.

“Kepertama amat bersyukur kerana bagi menzahirkan penghargaan dan pengorbanan penjawat awam, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak, selain RM350 kepada pesara,” katanya.

Menurutnya, walaupun harapan kesatuan tertumpu kepada kenaikan gaji dan elaun penjawat awam, pihaknya memahami situasi kerajaan yang kini sedang bergelut dengan jumlah hutang negara mencecah angka RM1.1 trilion.

“Apapun Kepertama yakin dan percaya, pengalaman luas serta kewibawaan Perdana Menteri dalam menangani krisis ekonomi negara akan membuahkan hasil yang menggembirakan seluruh rakyat Malaysia sedikit masa lagi Insya- ALLAH,” jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved