Cukai eksport logam sekerap dikaji

24 Mar 2023 • 12:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri sedang meneliti rayuan Pertubuhan Kitar Semula Logam Sabah (SSMRA) untuk menyemak atau mengurangkan cukai yang dikenakan ke atas eksport logam sekerap.

Menterinya Phoong Jin Zhe berkata beliau telah mengarahkan pegawainya untuk mengkaji isu itu.

“Kami juga perlu mendapatkan maklum balas daripada Kementerian Kewangan kerana ia berkaitan cukai,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Austral Park, di sini, Khamis.

“Sudah tentu, dari segi dasar, ia dilakukan oleh Kementerian saya…jadi, kami (Kementerian Kewangan serta Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan) bekerjasama, dan mudah-mudahan dapat menghasilkan sesuatu yang baik.”

Malah, kata Phoong, beliau bertemu SSMRA dan dimaklumkan mengenai pendirian mereka berhubung isu itu.

“Sudah tentu kita akan lakukan sesuatu mengenainya dan umumkan jika ada perkembangan,” katanya.

Sebelum ini, Presiden SSMRA Edwin Chen dilaporkan berkata peniaga sekerap menghadapi kesukaran dengan cukai eksport RM200 satu tan yang telah dikuatkuasakan sejak Februari tahun lepas, menyebabkan mereka tiada pilihan selain menjual kepada satu pengusaha kilang keluli tempatan sahaja.

Sekiranya berlaku pengeksportan besi sekerap ke semenanjung, peniaga sekerap dikehendaki membayar cukai terlebih dahulu sebelum pengisytiharan Kastam, yang tidak semua peniaga sekerap mampu lakukan. Secara purata, katanya, Sabah boleh mengeluarkan sehingga 15,000 tan besi sekerap.

Dilaporkan bahawa kilang keluli tempatan tunggal itu hanya boleh mengambil 6,000 hingga 8,000 tan sebulan, dan peniaga sekerap tidak mempunyai pilihan selain mengeksport bahan-bahan ini. Jika mereka mengeksport 3,500 tan sekerap, maka mereka perlu membayar RM700,000 iaitu satu jumlah yang besar.

Chen juga mendakwa cukai itu juga telah memberikan kelebihan mutlak kepada kilang keluli tunggal yang beroperasi di Sabah dalam mengawal pasaran tempatan.

Beliau berkata ini menjadikan kilang keluli itu berada dalam kedudukan untuk menentukan harga besi sekerap, yang lebih rendah daripada harga di semenanjung.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.