Cukai tambahan: Hartalega rayu keputusan Mahkamah Tinggi perintah pertikaian didengar Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan dahulu

LocalBusiness & Finance
24 Nov 2026 • 5:52 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Cukai tambahan: Hartalega rayu keputusan Mahkamah Tinggi perintah pertikaian didengar Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan dahulu Image from: Cukai tambahan: Hartalega rayu keputusan Mahkamah Tinggi perintah pertikaian didengar Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan dahulu hamden24/11/2026 - 17:52 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 24 Nov – Hartalega Holdings Berhad akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa pertikaian berhubung taksiran cukai syarikat perlu didengar terlebih dahulu oleh Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, dalam keputusan pada 24 November 2026, Mahkamah Tinggi berpendirian rayuan terhadap taksiran yang dikeluarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) perlu dibawa ke hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan.

 

Sehubungan itu, mahkamah tidak memutuskan merit substantif taksiran berkenaan dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan Hartalega.

 

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi memberikan penangguhan sementara, bagi menunggu syarikat memfailkan permohonan penangguhan rasmi.

 

Pada 6 Ogos 2025 dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Hartalega memberitahu telah dikenakan cukai tambahan sebanyak RM101.36 juta oleh LHDN bagi tahun taksiran 2017 hingga 2022.

 

Syarikat pengeluar sarung tangan nitril itu berkata anak syarikat milik penuhnya, Hartalega NGC Sdn Bhd, telah menerima notis taksiran tambahan daripada LHDN.

 

Jumlah taksiran tambahan tersebut merangkumi RM13.92 juta bagi tahun 2017, RM36.35 juta bagi 2018, RM10,695 bagi 2019, RM32.89 juta bagi 2020, RM18.10 juta bagi 2021 dan RM90,624 bagi 2022.

 

Secara keseluruhan, jumlah taksiran tambahan itu berjumlah RM101.36 juta. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved