Cukai untuk influencer kini menjadi isu penting apabila Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mengeluarkan Garis Panduan baharu berkaitan layanan cukai ke atas pendapatan pempengaruh media sosial atau digital. Anda boleh semak garis panduan itu di Portal Rasmi LHDN.
Melalui garis panduan ini, influencer diwajibkan mengisytiharkan semua bentuk pendapatan termasuk bayaran tunai, barangan percuma, hadiah dan manfaat yang diterima hasil aktiviti promosi, ulasan atau pemasaran di media sosial.
Apakah Maksud Influencer Menurut LHDN?
Menurut LHDN, pempengaruh media sosial atau digital ialah individu yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi orang lain di media sosial atau dalam bidang digital menerusi:
- Kuasa atau pengaruh peribadi
- Ilmu pengetahuan dan kepakaran
- Kedudukan atau status
- Hubungan dengan pengikut atau pengguna
Pempengaruh media sosial bukan sekadar individu yang mempunyai ramai pengikut, malah mereka mampu menjana pendapatan yang lumayan melalui aktiviti pemasaran dan kandungan digital. Oleh itu, pempengaruh media sosial wajar diiktiraf sebagai satu kerjaya kerana pendapatan yang terbit dan diterima adalah bersifat komersial.
Aktiviti Yang Dianggap Sebagai Aktiviti Influencer
Seseorang individu dianggap menjalankan aktiviti sebagai pempengaruh sekiranya terlibat dalam aktiviti berikut:
- Menghasilkan, merakam, menerbit atau memuat naik kandungan audio, video atau penulisan
- Muncul dalam program, acara atau siaran di media sosial
- Terlibat dalam pengiklanan dan promosi produk atau perkhidmatan
- Menerima bayaran, hadiah atau sebarang manfaat akibat keterlibatan di media sosial
Semua aktiviti ini dianggap sebagai aktiviti menjana pendapatan dan tertakluk kepada cukai pendapatan.
Kategori Influencer Menurut LHDN
LHDN mengklasifikasikan pempengaruh kepada dua kategori utama:
1. Pempengaruh Individu
Pempengaruh individu merangkumi:
- Ahli politik
- Artis dan selebriti
- Atlet dan ahli sukan
- Golongan profesional
- Pelajar
- Suri rumah
- Content creator
2. Pempengaruh Berasaskan Objek
Pempengaruh berasaskan objek terdiri daripada:
- Watak animasi atau kartun
- Watak lakonan atau watak rekaan
- Logo, jenama atau simbol
Objek ini didaftarkan di platform media sosial dan mempunyai pengikut, serta dikendalikan oleh individu atau syarikat yang memegang hak cipta.
Jenis Pendapatan Influencer Yang Dikenakan Cukai
Pendapatan pempengaruh media sosial merangkumi pelbagai bentuk, antaranya:
1. Bayaran Langsung Daripada Platform Media Sosial
Termasuk:
- Bayaran berdasarkan klik, like atau tontonan
- Bayaran mengikut bilangan pengikut
- Bayaran iklan seperti Google AdSense, YouTube, Facebook dan Instagram
- Komisen langganan pengikut
2. Bayaran Sebagai Duta Produk atau Paid Review
Influencer yang dilantik sebagai duta produk (product ambassador) atau membuat ulasan berbayar perlu melaporkan pendapatan sama ada diterima dalam bentuk:
- Tunai
- Produk percuma
- Baucar atau diskaun
- Perkhidmatan percuma
- Kemudahan atau manfaat lain yang mempunyai nilai wang
3. Jualan Barangan
Pendapatan daripada jualan:
- Produk fizikal
- Produk digital seperti e-buku, e-poster, lagu digital
- Kursus, latihan atau kelas dalam talian
4. Jualan Akaun atau ID Media Sosial
Bayaran hasil jualan akaun atau ID pempengaruh di platform seperti Facebook, Instagram, TikTok atau X juga merupakan pendapatan bercukai.
5. Royalti Watak atau Imej
Royalti yang diterima akibat penggunaan watak, imej, nama atau gambar pempengaruh oleh pihak lain turut dikenakan cukai.
6. Lain-lain Penerimaan Hasil
Termasuk:
- Bayaran ceramah, seminar dan bengkel
- Podcast, talk show dan konvensyen
- Bayaran sebagai jurulatih, fasilitator atau juri
- Bayaran kehadiran majlis atau acara
- Hadiah, token, emoji dan gift yang mempunyai nilai wang
Pendapatan Dari Luar Negara: Masih Kena Cukai?
Ya. Pendapatan influencer tetap dikenakan cukai di Malaysia sekiranya:
- Influencer bermastautin di Malaysia
- Aktiviti influencer berkait dengan profesion di Malaysia
- Bayaran diterima atau dikreditkan ke akaun bank di Malaysia
Walaupun penggambaran atau aktiviti dibuat di luar negara, pendapatan tersebut dianggap terbit dari Malaysia di bawah Perenggan 4(a) ACP.
Perbelanjaan Yang Dibenarkan Untuk Ditolak Cukai
Di bawah Seksyen 33 Akta Cukai Pendapatan 1967, influencer boleh menuntut perbelanjaan yang:
- Sepenuhnya
- Semata-mata
- Dilakukan untuk menjana pendapatan
Antara perbelanjaan yang dibenarkan:
- Kos dan yuran capaian internet
- Kos penggambaran video dan fotografi
- Kos penyuntingan dan penerbitan kandungan
Perbelanjaan Yang Tidak Dibenarkan
- Perbelanjaan peribadi
- Perbelanjaan berbentuk modal secara langsung
Aset seperti kamera, telefon atau komputer hanya boleh dituntut melalui Elaun Modal (Jadual 3 ACP).
Ansuran Cukai dan CP500
Influencer yang mempunyai pendapatan perniagaan akan dikenakan Notis Bayaran Ansuran (CP500) di bawah Seksyen 107B ACP.
CP500 adalah bayaran anggaran cukai tahunan dan tidak mengambil kira pendapatan gaji yang telah tertakluk kepada Potongan Cukai Berjadual (PCB).
Kewajipan Menyimpan Rekod
Pempengaruh media sosial WAJIB menyimpan rekod:
- Penerimaan pendapatan
- Perbelanjaan
- Dokumen sokongan
Rekod ini hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun bermula dari akhir tahun borang nyata cukai pendapatan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.
Ekonomi Digital – Cukai untuk Influencer










Garis Panduan LHDN – Cukai untuk Influencer

















Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan cukai untuk influencer, pempengaruh media sosial boleh merujuk saluran rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN):
- Portal Rasmi LHDN
- Hasil Care Line: 03-8911 1000
- Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000
Soalan Lazim – Cukai Influencer
1. Siapakah yang dikategorikan sebagai influencer oleh LHDN?Individu yang aktif di media sosial atau platform digital dan mampu mempengaruhi orang lain sehingga menjana pendapatan melalui kandungan atau promosi.
2. Adakah influencer dianggap menjalankan perniagaan?Ya. Jika aktiviti dibuat secara berterusan dan menghasilkan pendapatan, ia dikira sebagai aktiviti perniagaan walaupun dilakukan secara sambilan.
Perlu. Setiap pendapatan yang diterima hasil aktiviti influencer tertakluk kepada cukai, tanpa mengira jumlah.
4. Produk percuma dan hadiah pun perlu diisytiharkan?Ya. Apa-apa pemberian yang mempunyai nilai kewangan seperti produk, baucar atau servis percuma perlu dilaporkan sebagai pendapatan.
5. Jika tiada kontrak bertulis, masih perlu lapor cukai?Perlu. Cukai bergantung kepada penerimaan bayaran atau manfaat, bukan kewujudan kontrak bertulis.
6. Apa contoh pendapatan influencer yang perlu dilaporkan?Antaranya:
Bayaran iklan & AdSense
Paid review & duta produk
Komisen affiliate
Jualan produk sendiri
Royalti imej atau watak
Bayaran hadir acara, ceramah, podcast
Gift, token atau emoji bernilai wang
Ya. Hasil jualan akaun atau ID media sosial dianggap pendapatan.
8. Apakah kategori influencer menurut LHDN?Influencer dibahagikan kepada pempengaruh individu dan pempengaruh berasaskan objek seperti watak animasi atau jenama.
9. Pendapatan dari luar negara perlu dilaporkan?Perlu, sekiranya influencer bermastautin di Malaysia dan pendapatan berkait dengan kerjaya influencer yang dijalankan.
10. Jika buat kandungan di luar negara, masih kena cukai?Ya, selagi aktiviti tersebut berkait dengan profesion influencer yang berpangkalan di Malaysia.
Kedua-duanya perlu dilaporkan secara berasingan: gaji melalui PCB dan pendapatan influencer sebagai pendapatan perniagaan.
12. Influencer perlu daftar perniagaan?Tidak wajib, tetapi sangat digalakkan untuk memudahkan pengurusan cukai dan rekod kewangan.
13. Borang cukai apa yang perlu diisi oleh influencer?Influencer perlu mengisi Borang e-B melalui sistem e-Filing LHDN.
14. Bila tarikh akhir e-Filing untuk influencer?Tarikh akhir ialah pada atau sebelum 31 Ogos setiap tahun.
15. Apa itu CP500 dan siapa yang terlibat?CP500 ialah bayaran ansuran cukai tahunan dan biasanya dikenakan kepada influencer yang mempunyai pendapatan perniagaan.
16. CP500 termasuk pendapatan gaji?Tidak. CP500 hanya melibatkan pendapatan selain gaji kerana gaji telah dikenakan potongan cukai berjadual.
17. Perbelanjaan apa yang boleh ditolak cukai?Perbelanjaan yang berkait terus dengan kerja influencer seperti internet, rakaman, penyuntingan dan penerbitan kandungan.
18. Perbelanjaan apa yang tidak dibenarkan?Belanja peribadi, denda, penalti serta pembelian aset besar yang perlu dituntut melalui elaun modal.
19. Di mana influencer boleh dapatkan maklumat lanjut?Influencer boleh menghubungi atau merujuk saluran rasmi LHDN:
🌐 Portal Rasmi LHDN
📞 Hasil Care Line: 03-8911 1000
📞 Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000
Baca juga:

