'Cukup-cukuplah buat fitnah'

Politics
8 Feb 2024 • 3:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Abdul Rahman, Wan Rosdy

LIPIS - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meminta pihak pembangkang supaya berhenti membuat fitnah dan menimbulkan persepsi yang mengelirukan rakyat di negeri berkenaan.

Menurutnya, kini adalah masa untuk semua pihak membuat kerja dan bukannya asyik berpolitik 24 jam.

"Cukup-cukuplah buat fitnah. Fitnah terbaru pada semalam (Rabu) kononnya saya nak rampas kerusi Parlimen Lipis daripada Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

"Saya pun pelik macam mana cerita ini boleh keluar sedangkan pilihan raya lambat lagi, ada tiga tahun 10 bulan.

"Kita tak ada pun bincang siapa yang patut bertanding dan di kerusi mana,` katanya yang juga Menteri Besar Pahang.

Beliau berkata sedemikian selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) Cawangan Lipis di Kampung Bapong, Kuala Lipis di sini pada Khamis.

Sementara itu, Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menyifatkan ia fitnah dan pembohongan semata-mata.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved