Cukup Ke Baki Yang Tinggal Tu? Ini Cara Mudah Untuk Duit Beranak!

Business & FinancePersonal Finance
29 Jul 2026 • 7:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

 

Setiap kali hujung bulan, benda pertama yang kita akan buat bila nampak notification gaji masuk mestilah terus buka aplikasi perbankan betul tak?

Advertisement

Masa ni lah kita nak bayar bil, komitmen bulanan, asingkan duit keperluan rumah dan keluarga, serta duit simpanan. Maka, tinggal lah baki perbelanjaan harian seperti untuk makanan harian, lepak bersama kawan-kawan atau keluarga, atau percutian luar negara.

Sedar Tak Sedar, Tabiat Ini Sebenarnya Boleh Beri Lebih Nilai?

Tahu tak, tabiat kewangan harian yang kita biasa buat ni sebenarnya ada potensi besar untuk beri pulangan yang jauh lebih berbaloi tau!

Cuba bayangkan, tanpa perlu ubah gaya hidup pun, segala perbelanjaan keperluan dan duit yang kita simpan setiap bulan secara konsisten tu boleh ditukar menjadi ganjaran ekstra.

Haa, buat anda yang memang suka rancang bajet, tahu tak anda mungkin boleh dapat lebih manfaat daripada rutin kewangan yang sama?

Bila anda gabungkan akaun simpanan dengan kad debit, kedua-duanya berpotensi memberi lebih nilai kepada tabiat kewangan harian anda.

Tetapi bagaimana jika kedua-dua tabiat ini boleh saling melengkapi dan memberi manfaat tambahan tanpa perlu mengubah cara hidup yang biasa diamalkan?

Kenali CIMB Akaun Simpanan EcoSave-i & Kad Debit CIMB Mastercard

Image from: Cukup Ke Baki Yang Tinggal Tu? Ini Cara Mudah Untuk Duit Beranak!

Antara pilihan yang menawarkan pendekatan sebegini ialah CIMB Akaun Simpanan EcoSave-i yang digabungkan bersama Kad Debit CIMB Mastercard.

Melalui produk ini, pelanggan yang memenuhi syarat berpeluang menikmati bonus keuntungan sehingga 5% setahun sambil meneruskan tabiat simpanan dan perbelanjaan harian mereka.

Caranya mudah sangat, sebab anda hanya perlu menyimpan secara konsisten dan berbelanja untuk keperluan harian menggunakan Akaun Simpanan EcoSave-i dan Kad Debit CIMB Mastercard.

Tak cukup dengan itu, kad debit ini turut didatangkan dengan pelbagai tawaran gaya hidup yang menarik termasuklah potongan harga untuk pelancongan, beli-belah atas talian, aplikasi penghantaran makanan, dan banyak lagi keistimewaan lain. Macam ni baru berbaloi!

Hanya 3 Langkah Mudah Untuk Jana Sehingga 5% Bonus Keuntungan!

Untuk menikmati kesemua tawaran ini, anda hanya perlu ikut 3 langkah mudah iaitu:

Langkah 1: Buka Akaun

Buka Akaun Simpanan EcoSave-i dan aktifkan Kad Debit CIMB Mastercard. Tak perlu beratur panjang di CIMB, anda kini boleh buka akaun secara dalam talian, paling best dibuka 24 jam tau! KLIK SINI untuk mula buka akaun.

Kad Debit CIMB Mastercard akan dihantar terus ke pintu rumah anda.

Langkah 2: Simpan Secara Konsisten

Setiap kali gaji masuk, pastikan anda tambah simpanan sekurang-kurangnya RM1,000 setiap bulan ke dalam akaun tersebut dan pastikan anda memenuhi baki purata bulanan meningkat (Incremental Monthly Average Balance)

Langkah 3: Berbelanja Dengan Kad Debit

Gunakan Kad Debit CIMB Mastercard untuk bayar perbelanjaan harian seperti memesan makanan, membeli-belah barang keperluan atas talian, bayar langganan bulanan automatik ataupun perbelanjaan bercuti di luar negara dengan minima RM300 sebulan.

Jom Tukar Perbelanjaan Jadi Pulangan Berbaloi!

Langkah bijak macam ni lah yang membuatkan duit perbelanjaan harian anda berpotensi memberikan lebih nilai berbanding sekadar digunakan untuk transaksi biasa.

Dengan tabiat simpanan dan perbelanjaan yang konsisten, setiap ringgit yang digunakan berpotensi memberikan manfaat tambahan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan tabiat harian anda demi masa depan kewangan yang lebih kukuh.

Anda boleh daftar Akaun Simpanan EcoSave-i pada bila-bila masa, tapi tawaran ini valid sampai 31 Januari 2027 saja tau.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi CIMB, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.

 

The post Cukup Ke Baki Yang Tinggal Tu? Ini Cara Mudah Untuk Duit Beranak! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved