“Culture Shock Ke?” – Pakai Baju Ketat Nampak Perut, Alya Iman Dikecam Makin Seksi Lepas Freehair

Entertainment
3 Jun 2023 • 8:11 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Anak bongsu kepada pelakon terkenal dan pendakwah, Allahyarham Azmil Mustapha dikenali sebagai Alya Iman mengejutkan pengikut media sosial selepas memuat naik foto tak bertudung Syawal lalu.

Mana taknya, gadis berusia 22 tahun ini popular sebagai model muslimah sebelum aktif menceburi bidang lakonan.

Terbaru, tular pula di TikTok video memaparkan pelakon ini bersama rakannya sakan menari menggoyangkan badan mengikut rentak lagu.

image is not available

image is not available

Video itu menjadi tumpuan dek kerana Alya yang dilihat terkinja-kinja tak seperti dirinya sebelum ini. Malah, pakaiannya juga ketat menonjolkan bahagian dada serta singkat nampak perut.

Selepas menerima kecaman, video yang dimuat naik rakannya itu dipercayai telah dipadam. Meninjau ke ruangan komen sebuah portal, netizen menyatakan pelakon ini kelihatan seperti culture shock pula selepas free hair.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Terdahulu, model muslimah ini berkata dia lebih selesa menjadi diri sendiri dan tak mahu hipokrit di media sosial.

Tiada alasan khusus untuk menyatakan mengapa dia tak bertudung tapi keputusan dibuat selepas berbincang dengan ahli keluarga, ujarnya.

Kredit: TikTok | Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

View Original Article